bling


Monday, June 20, 2011

Kenangan di SMK St Gabriel dalam memoriku..

Inilah sekolah saya iaitu SMK St Gabriel. Saya bersekolah di sini dari tingkatan 1- 4. Banyak pengalaman pahit dan manis di sekolah ini.. SMK St Gabriel ini lah tempat saya menuntut pelbagai ilmu yang tidak habis..

   inilah sekolah aku, Cantik tak..
 SEKOLAHKU SYURGAKU

MEMORI TAHUN 2008
Pada tahun 2008, iaitu tahun pertama saya memasuki sekolah menengah iaitu SMK St Gabriel. pada mulanya saya berasa takut untuk memasuki sekolah menengah, tetapi fikiran saya salah belaka.. Ternyata memang seronok memasuki zaman persekolahan menengah ni rupanya.. Semasa tingkatan 1 saya di tempatkan di kelas 1B iaitu di bilik zuhrah bersama guru tingkatan saya iaitu Pn Nik Hartini Nik Man yang sangat sporting dengan saya dan rakan sekelas.. pada tahun ini juga saya telah dilantik sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

ni lah budak budak kelas aku. ( masa nie semua macam budak budak kan )

nie lah bilik Zuhrah iaitu kelas 1B


MEMORI TAHUN 2009 
pada tahun 2009 sya ditempatkan di kelas 2A iaitu di bilik bulan bersama guru tingkatan saya, Cik Fatimah Farahiyah yang sangat baik kerana beliau sangup turun padang bersama-sama saya dan rakan sekelas menghias kelas. Pada tahun ini juga saya mempunyai kenangan yang melucukan di dalam kelas seperti Pn Lim Sek Hong iaitu Penyelia Sesi Petang terjatuh di dalam kelas kerana kakinya termasuk dalam lubang di dalam kelas dan saya juga mempunyai kenangan pahit iaitu saya dirotan kerana mata pelajaran saya semua GAGAL dan hanya 1 sahaja yang lulus..( masa tuh dah meleleh dah air mata aku )

 nie lah budak budak 2A. ( banyak posing kan )

 nie lah bilik Bulan iaitu kelas 2A


MEMORI TAHUN 2010
Pada tahun 2010, saya pula ditempata di kelas 3B ( turun kelas ) iaitu di bilik asteroid bersama guru yang paling lembut di sekolah iaitu Cik Nor Habiby ( sekarang dah kawin dah ). Beliau sangat lembut ketika megajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan kadang bila Cikgu Habiby marah semua gelak bukanya sirius..
Pada tahun ni juga saya telah dilantik sebagai President Pengawas Pusat Sumber pada tahun hadapan iaitu tahun 2011 & 2012. Saya sangat terkejut dengan berita itu sampai saya rasa macam mimpi je hidup ni.. Semasa Tahun 2010 ini juga saya akan melalui Peperiksaan PMR ( gementar dan takut melaluinya ) dan saya mendapat la keputusan yang memuaskan ( tak ada GAGAL tau )..

nie lah budak budak 3B ( muke semua dah matang )
Gambar terakhir bersama cik habiby

nie lah bilik Asteroid iaitu kelas 3B


MEMORI TAHUN 2011
Pada tahun 2011 iaitu tahun Megat Harris Iskandar Menjadi President Pusat Sumber dan Naib President Seni Kreatif ( wah G'PANG ).. Tingkatan 4 ni juga saya di tempatkan di kelas 4A di bilik bumi bersama guru lelaki iaitu En. Omar Marzuki ( Guru Baru ).. Cikgu omar ni tak la garang sangat tetapi kalau dia serius semua takut macam nampak Cik Noraini ( Hahahaa,, Tabik Guru Displin ).. Tahun ni banyak kali saya dan rakan seni balik lewat kerana sebuk menghias pentas sehingga malam besama Pn Entuyan, Guru seni kita..( dapat pujian tau, PENTAS SANGAT CANTIK )



nie lah bilik Bumi iaitu kelas 4A

Selain itu, Terdapat Beberapa kenangan pahit yang silalui pada tahun nie, seperti Saya dijatuhkan oleh Looi Yikern ( sakit tau ) dan kenangan manis pula ialah, saya, aliff dan fadzil suka megacau makcik kantin dan tukang sapu, kami semua cuma suka bergurau untuk menghilangkan strees semasa di dalam kelas..
 ( yang penting makcik kantin dan tukang sapu suka bergurau dengan kami.. Wahh Gitu )

nie lah gambar aku dengan wakil kantin
( yang lain semua taknak ambil gambar gan aku )

mula mula macik nie taknak. tapi aku paksa gak..
( cam nie jadi gambanyer )

1 MURID 1 SUKAN
RUMAH SUKAN SENTOSA
GO SENTOSA GO


1 MURID 1 SUKAN ialah latihan rumah sukan sebelum minggu Sukan dirasmikan.. Saya, Fadzil, Ku Afiq dan Denesh bercadang untuk main permainan Chess, tetapi permainan Hoki tiada orang masa tuh, jadi kami 4 orang yang agak berpegalaman dalam permainan Hoki nie pon memilih main hoki.. Kalau korang nak tau, waktu kita 4 orang main dalam 15 minit, cikgu roslan, cikgu hafiz, cikgu rozi dan abang hafiz join sekali tau..( memang syok time nie.) sakit tanggan aku tau main hoki ni,, ( taknak aku jadi permain hoko nanti ) Cikgu kamal tergelak mot kami 4 orang main hoki umpama main golf..

.


BATIK UNTUK DIJUAL SEMASA HARI KOPERASI
PADA 25,6,2011

hasil kerja kelab seni kreatif



Banyak lagi batik yang kami akan jual pada hari koperasi nanti.( hanya separuh )






No comments:

Post a Comment